4:52 AM

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJALAH QUDWAH

QUDWAH

1.0 Pengenalan


Penerbitan Alambaca Sdn. Bhd. (PASB) dimiliki 100 peratus syarikat Bumiputera yang beroperasi di Melaka. PASB adalah anak syarikat kepada Percetakan Surya Sdn. Bhd. yang telah lebih 35 tahun beroperasi.

Kini PASB telah menerbitkan majalah berbentuk keIslaman yang diberi nama QUDWAH yang bermaksud ikutan. Qudwah bertujuan menjadi medium kepada masyarakat untuk menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh dan ikutan dalam kehidupan seharian.

Majalah ini adalah bagi bacaan santai dan bermotokan Inspirasi, Informasi dan Motivasi.


2.0 PEMBAHAGIAN KOLUM

Majalah ini mengandungi 96 muka surat tidak termasuk kulit. Pembahagian kolum artikel adalah seperti berikut. Setiap tajuk artikel diperuntukkan antara 2 hingga 4 muka surat (double spacing).

Ruangan dalam majalah ini adalah seperti berikut:

2.1 NABI KITA.
Ruangan ini adalah selaras dengan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai contoh atau ikutan (Qudwah) umat manusia. Ruangan ini akan diisikan oleh pengarang dalaman. Bagaimanapun sekiranya ada penulis yang berminat boleh juga menghantarkan artikel yang berkaitan Nabi Muhammad yang boleh dijadikan panduan.

2.2 TEMU BUAL .
Bagi ruangan ini, pihak editorial akan menemu bual tokoh-tokoh berpandukan tema setiap keluaran. Sebanyak empat muka surat diperuntukkan bagi ruangan ini. Antara tema yang telah dipersetujui untuk dibincangkan ialah Mencari kehidupan, Kemiskinan, Hutang, Pelacuran, Cemburu dan tajuk-tajuk lain yang difikirkan sesuai.

Penulis juga boleh mencadangkan sesiapa tokoh yang difikirkan sesuai untuk ditemu bual.

2.3 SIRAH.
Ruangan ini menceritakan kisah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. Ia bukan sekadar menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah tetapi memperlihatkan kebaikan dan kelemahannya. Sebaliknya ia menceritakan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk realiti hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hukum-hukumnya. Ia dikendalikan oleh editorial dalaman.

Bagaimanapun sekiranya penulis mempunyai bahan yang menarik boleh juga menyumbangkan bahan berkenaan.

2.4 MOTIVASI
Apa-apa penulisan artikel, sudut pandang bersandarkan kisah Rasulullah, atau apa-apa yang boleh membangkitkan motivasi umat Islam untuk terus menjadi umat cemerlang

Penulis boleh mengarang apa sahaja yang boleh memotivasikan pembaca.

 2.5 KEWANGAN/EKONOMI
Menjelaskan sistem ekonomi Islam atau apa sahaja yang dapat membantu meningkatkan ekonomi Islam. Perkara yang diulas harus dikaitkan dengan pengajaran di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Pendedahan kepada teori ekonomi semasa boleh digunakan sebagai perbandingan. Bagaimana pun, penjelasan terhadap amalan Islam adalah diutamakan.

2.6 Ruangan Bahasa Inggeris
Ruangan ini adalah bagi menarik minat pembaca bukan Melayu/Islam untuk mengenali Islam. Tajuk adalah bebas. Antaranya ialah mengapa saya memilih Islam. Islam is the way of life. Penulisan juga boleh menumpukan kepada apa-apa yang berkaitan dengan dakwah, tokoh, nilai dan pengajaran agama.

2.7 BICARA FATWA
Mengupas fatwa bagi memberi kefahaman kepada pembaca. Jangan mempertikaikan fatwa yang dibuat sebaliknya memberikan hujah bagi menyokongnya. Ruangan ini juga boleh membincangkan mana-mana fatwa secara perbandingan dan aplikasi terhadap masyarakat Islam.

2.8 KEMBARA
Kembara menceritakan keindahan sesuatu tempat yang kita lawati dan sebolehnya memaparkan ciri-ciri Islam dan budaya Islam yang terdapat di negara atau tempat yang dikunjungi.

Ruangan ini memerlukan banyak gambar berwarna sebagai menghiasi muka surat ini.

2.9 KESIHATAN
Bimbingan kepada pembaca mengenai makanan sihat, amalan sihat, bersenam, kesihatan menurut Islam. Perubatan Islam yang boleh diketengahkan.

2.10 CERPEN
Cerpen yang diperlukan adalah cerpen yang dapat memberi kesedaran tentang Islam dan pengajaran kepada pembaca. Menjelaskan nilai murni Islam dan perwatakan Rasulullah s.a.w yang boleh dicontohi.

2.11 PEDOMAN
Cerita-cerita yang dapat memberi bimbingan kepada pembaca agar menjauhi yang dilarang oleh agama. Ruangan ini disediakan adalah untuk berkongsi dengan pembaca mengikut isu yang dibincangkan.

 2.12 TAMADUN DAN BUDAYA
Memperlihatkan tamadun Islam yang cemerlang yang boleh dicontohi pada masa kini dan juga bagi melahirkan masyarakat yang berbudaya yang dapat hidup dalam aman dan harmoni.

2.13 AKHLAQIYAT / AKHLAK
Ruangan ini bagi membimbing generasi yang berakhlak tinggi. Kes-kes salah laku moral boleh dijadikan asas untuk dibincangkan dan mengambil contoh-contoh kisah-kisah dalam al-Quran bagi memperbetulkan keadaan dan mengembalikan kesilapan-kesilapan akhlak yang dilakukan.

2.14 KELUARGA
Mengupas masalah keluarga bagi pembentukan keluarga Islam yang sempurna. Mengambil contoh isu-isu rumah tangga dan menanganinya dari sudut Islam.

2.15 TOKOH / SRIKANDI
Mengetengahkan tokoh dan srikandi Islam agar menjadi contoh kepada pembaca.

2.16 TAJUK BEBAS

Bagi penulis yang mempunyai artikel untuk tajuk-tajuk lain untuk dibincangkan sedangkan tiada ruangan khusus untuk itu, pihak penerbitan mewujudkan ruangan khas yang dikategorikan sebagai tajuk bebas.

Rencana atau artikel itu boleh dimuatkan dalam ruangan Penulis Tamu, Artikel Pilihan atau Intai-Intai.

Nota:
Bagi memastikan kelancaran penerbitan, pihak penerbitan mengharapkan penulis mengirimkan tiga artikel atau lebih. Ia bertujuan bagi mewujudkan simpanan artikel untuk kegunaan editorial.



3.0 SAGUHATI
Setiap artikel yang digunakan akan diberikan sagu hati oleh pihak penerbitan.

4.0 PROFIL
Penulis yang berminat untuk menyumbang artikel dalam majalah Qudwah diminta menyatakan profile diri dengan tepat. Nama, alamat, latar belakang pendidikan, pekerjaan dan gambar berukuran pasport yang santai.

 5.0 HANTAR ARTIKEL
Artikel hendaklah dihantar melalui e-mel ke qudwahab@yahoo.com .

6.0 HUBUNGI
Pihak kami boleh dihubungi melalui e-mel qudwahab@yahoo.com atau melalui telefon 06 - 232 4427 atau faks 06- 232 4960 atau Hj Roslan (Pengarah Urusan) 019 665 7143; Ishak Mohamed Salleh (Pengurus Penerbit) 017 6039541; Mohd Said Md Amin (Ketua Pengarang) 016 6181428; Shahrin Saad (Pengarang) 013 6211812.

0 comments:

Post a Comment

Pautan Anda Ke Gerbang Info Maya

.
 
Akhbar Bahasa
 
English News
 
World News
 
Politikus
 
Serantau
 
e-Gov
 
Kemudahan
 
Pengangkutan
 
e-Perbankan
 
e-Transaksi
.
  
 
 
Chinese News
 
Chinese Portal
 
Indian News
 
Borneo News
 
Berita Sukan
 
Voice Call
 
Enjin Carian
 
Ads Service
 
Gamerz
 
e-Manga
.