6:30 AM

Kupasan Sejarah Majalah Berunsur Agama DI Malaysia BAH 3


sambungan.....Pada 1914 terbit pula Majallah Al-Islam oleh K. Anang Hamid,  Syed Mohammad
Al-Juneed dan Abdul Kadir Yunus bagi memenuhi kekosongan yang ditinggalkan
oleh  al-Imam tetapi gagal kerana bentuknya lebih berupa terjemahan daripada
majalah Islamic Review yang diterbitkan di London. Selain jumlah cetakannya  kecil,
kira-kira 500 naskhah, ternyata kandungannya tidak memenuhi cita rasa masyarakat
tempatan. Pada 1918 terbit pula majalah Pengasoh.

Majalah lain yang terbit sebelum perang ialah  Ar-Raja (1925-26), Dewan
Pergaulan (1940-41) terbitan Madrasah Al-Masyhor, Pulau Pinang,  Jasa (1927-31)
terbitan Madrasah Al-Atas, Johor Bahru, Temasek (1930) oleh Madrasah al-Idrisiah,
Kuala Kangsar, Bintang Malaya (1939-41) oleh Kuliah al-Firdaus, Singapura dan
Seruan Ihya (1941) di  Madrasah El-Ehya As-Syarif, Gunung Semanggol.

Majalah Pengasoh setebal lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen dengan
catatan editorialnya yang berbunyi “  . . .  jadi satu persembahan dan peringatan
bagi hari kemudian . . . “ Majalah ini kekal diterbitkan hingga ke hari ini. Pengasoh
adalah terbitan Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan.

Pada Disember 1949 terbit Warta Jabatan Agama Johor, 31 tahun selepas
terbitnya Pengasoh. Jabatan agama negeri-negeri lain menerbitkan majalah masingmasing mulai 1960-an, iaitu Suara  Majlis Agama Islam Negeri Kedah (1965), Al-Huda
(Seremban, Disember 1968), Sinar Usia (Kota Kinabalu, Mac 1970), Suara Jabatan
Agama (Kuala Terengganu 1960), Saujana (Kuala Terengganu 1974), Menara (Wilayah
Persekutuan 1975), Al-Hidayah (Selangor 1975), Al-Ehsan (Selangor 1976) dan Suara
Jabatan Agama Pahang (1976).

0 comments:

Post a Comment

Pautan Anda Ke Gerbang Info Maya

.
 
Akhbar Bahasa
 
English News
 
World News
 
Politikus
 
Serantau
 
e-Gov
 
Kemudahan
 
Pengangkutan
 
e-Perbankan
 
e-Transaksi
.
  
 
 
Chinese News
 
Chinese Portal
 
Indian News
 
Borneo News
 
Berita Sukan
 
Voice Call
 
Enjin Carian
 
Ads Service
 
Gamerz
 
e-Manga
.