4:52 AM

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJALAH QUDWAH

QUDWAH

1.0 Pengenalan


Penerbitan Alambaca Sdn. Bhd. (PASB) dimiliki 100 peratus syarikat Bumiputera yang beroperasi di Melaka. PASB adalah anak syarikat kepada Percetakan Surya Sdn. Bhd. yang telah lebih 35 tahun beroperasi.

Kini PASB telah menerbitkan majalah berbentuk keIslaman yang diberi nama QUDWAH yang bermaksud ikutan. Qudwah bertujuan menjadi medium kepada masyarakat untuk menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh dan ikutan dalam kehidupan seharian.

Majalah ini adalah bagi bacaan santai dan bermotokan Inspirasi, Informasi dan Motivasi.


2.0 PEMBAHAGIAN KOLUM

Majalah ini mengandungi 96 muka surat tidak termasuk kulit. Pembahagian kolum artikel adalah seperti berikut. Setiap tajuk artikel diperuntukkan antara 2 hingga 4 muka surat (double spacing).

Ruangan dalam majalah ini adalah seperti berikut:

2.1 NABI KITA.
Ruangan ini adalah selaras dengan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai contoh atau ikutan (Qudwah) umat manusia. Ruangan ini akan diisikan oleh pengarang dalaman. Bagaimanapun sekiranya ada penulis yang berminat boleh juga menghantarkan artikel yang berkaitan Nabi Muhammad yang boleh dijadikan panduan.

2.2 TEMU BUAL .
Bagi ruangan ini, pihak editorial akan menemu bual tokoh-tokoh berpandukan tema setiap keluaran. Sebanyak empat muka surat diperuntukkan bagi ruangan ini. Antara tema yang telah dipersetujui untuk dibincangkan ialah Mencari kehidupan, Kemiskinan, Hutang, Pelacuran, Cemburu dan tajuk-tajuk lain yang difikirkan sesuai.

Penulis juga boleh mencadangkan sesiapa tokoh yang difikirkan sesuai untuk ditemu bual.

2.3 SIRAH.
Ruangan ini menceritakan kisah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. Ia bukan sekadar menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah tetapi memperlihatkan kebaikan dan kelemahannya. Sebaliknya ia menceritakan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk realiti hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hukum-hukumnya. Ia dikendalikan oleh editorial dalaman.

Bagaimanapun sekiranya penulis mempunyai bahan yang menarik boleh juga menyumbangkan bahan berkenaan.

2.4 MOTIVASI
Apa-apa penulisan artikel, sudut pandang bersandarkan kisah Rasulullah, atau apa-apa yang boleh membangkitkan motivasi umat Islam untuk terus menjadi umat cemerlang

Penulis boleh mengarang apa sahaja yang boleh memotivasikan pembaca.

 2.5 KEWANGAN/EKONOMI
Menjelaskan sistem ekonomi Islam atau apa sahaja yang dapat membantu meningkatkan ekonomi Islam. Perkara yang diulas harus dikaitkan dengan pengajaran di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Pendedahan kepada teori ekonomi semasa boleh digunakan sebagai perbandingan. Bagaimana pun, penjelasan terhadap amalan Islam adalah diutamakan.

2.6 Ruangan Bahasa Inggeris
Ruangan ini adalah bagi menarik minat pembaca bukan Melayu/Islam untuk mengenali Islam. Tajuk adalah bebas. Antaranya ialah mengapa saya memilih Islam. Islam is the way of life. Penulisan juga boleh menumpukan kepada apa-apa yang berkaitan dengan dakwah, tokoh, nilai dan pengajaran agama.

2.7 BICARA FATWA
Mengupas fatwa bagi memberi kefahaman kepada pembaca. Jangan mempertikaikan fatwa yang dibuat sebaliknya memberikan hujah bagi menyokongnya. Ruangan ini juga boleh membincangkan mana-mana fatwa secara perbandingan dan aplikasi terhadap masyarakat Islam.

2.8 KEMBARA
Kembara menceritakan keindahan sesuatu tempat yang kita lawati dan sebolehnya memaparkan ciri-ciri Islam dan budaya Islam yang terdapat di negara atau tempat yang dikunjungi.

Ruangan ini memerlukan banyak gambar berwarna sebagai menghiasi muka surat ini.

2.9 KESIHATAN
Bimbingan kepada pembaca mengenai makanan sihat, amalan sihat, bersenam, kesihatan menurut Islam. Perubatan Islam yang boleh diketengahkan.

2.10 CERPEN
Cerpen yang diperlukan adalah cerpen yang dapat memberi kesedaran tentang Islam dan pengajaran kepada pembaca. Menjelaskan nilai murni Islam dan perwatakan Rasulullah s.a.w yang boleh dicontohi.

2.11 PEDOMAN
Cerita-cerita yang dapat memberi bimbingan kepada pembaca agar menjauhi yang dilarang oleh agama. Ruangan ini disediakan adalah untuk berkongsi dengan pembaca mengikut isu yang dibincangkan.

 2.12 TAMADUN DAN BUDAYA
Memperlihatkan tamadun Islam yang cemerlang yang boleh dicontohi pada masa kini dan juga bagi melahirkan masyarakat yang berbudaya yang dapat hidup dalam aman dan harmoni.

2.13 AKHLAQIYAT / AKHLAK
Ruangan ini bagi membimbing generasi yang berakhlak tinggi. Kes-kes salah laku moral boleh dijadikan asas untuk dibincangkan dan mengambil contoh-contoh kisah-kisah dalam al-Quran bagi memperbetulkan keadaan dan mengembalikan kesilapan-kesilapan akhlak yang dilakukan.

2.14 KELUARGA
Mengupas masalah keluarga bagi pembentukan keluarga Islam yang sempurna. Mengambil contoh isu-isu rumah tangga dan menanganinya dari sudut Islam.

2.15 TOKOH / SRIKANDI
Mengetengahkan tokoh dan srikandi Islam agar menjadi contoh kepada pembaca.

2.16 TAJUK BEBAS

Bagi penulis yang mempunyai artikel untuk tajuk-tajuk lain untuk dibincangkan sedangkan tiada ruangan khusus untuk itu, pihak penerbitan mewujudkan ruangan khas yang dikategorikan sebagai tajuk bebas.

Rencana atau artikel itu boleh dimuatkan dalam ruangan Penulis Tamu, Artikel Pilihan atau Intai-Intai.

Nota:
Bagi memastikan kelancaran penerbitan, pihak penerbitan mengharapkan penulis mengirimkan tiga artikel atau lebih. Ia bertujuan bagi mewujudkan simpanan artikel untuk kegunaan editorial.



3.0 SAGUHATI
Setiap artikel yang digunakan akan diberikan sagu hati oleh pihak penerbitan.

4.0 PROFIL
Penulis yang berminat untuk menyumbang artikel dalam majalah Qudwah diminta menyatakan profile diri dengan tepat. Nama, alamat, latar belakang pendidikan, pekerjaan dan gambar berukuran pasport yang santai.

 5.0 HANTAR ARTIKEL
Artikel hendaklah dihantar melalui e-mel ke qudwahab@yahoo.com .

6.0 HUBUNGI
Pihak kami boleh dihubungi melalui e-mel qudwahab@yahoo.com atau melalui telefon 06 - 232 4427 atau faks 06- 232 4960 atau Hj Roslan (Pengarah Urusan) 019 665 7143; Ishak Mohamed Salleh (Pengurus Penerbit) 017 6039541; Mohd Said Md Amin (Ketua Pengarang) 016 6181428; Shahrin Saad (Pengarang) 013 6211812.
6:42 AM

Sidang Editorial Qudwah Edisi 2




Menemui anda dipasaran sekarang..dapatkan segera di kedai buku terdekat

6:40 AM

Keratan Yang Mesti Anda Lihat - Eksklusif









Dari mana ni.....kena la contek blogger qudwah


6:35 AM

Kupasan Sejarah Majalah Berunsur Agama DI Malaysia BAH akhir


bahagian akhir...

Majalah agama Islam juga diterbitkan oleh individu dan syarikat swasta bagi
tujuan komersial, iaitu Majallah Al-Islam (30 Januari 1914) terbitan Abdul Kadir
Yunus bagi pihak Al-Ikhwan Press, Singapura; Semangat Islam (1 November 1929)
terbitan Abdul Latief Hamidi, Pulau Pinang; Puncha Pertikaian Ulama Islam terbitan
Syarikat Ittihadiah; Mujallah Al-Kamaliah terbitan Matbaah Al-Kamaliah, Kota Bharu
dan Pedoman Islam, di Pulau Pinang. Di Singapura, empat majalah diterbitkan oleh
pihak swasta, iaitu Kehidupan Dunia Akhirat (17 September 1935), Dunia Akhirat (Jun
1936), Medan Laki-Laki (27 September 1935), dan Medan Al-Islam (14 Ogos 1936). 

Dengan kemunculan gerakan Islam pada tahun 1970-an maka kita dapat
pula membaca Risalah terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mulai Jun
1985. Kumpulan Utusan Melayu juga menerbitkan beberapa majalah berunsurkan
keagamaan seperti Utusan Qiblat (September 1970), al-Islam (Januari 1974) dan adDakwah (Mac 1977). Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri bermula
dengan menerbitkan Dakwah diikuti dengan Sinaran Islam (Jun 1982), Ruhanniyat
(Mac 1989), Cahaya (Ogos 1989) dan Pendidik (Ogos 1989). Tidak diketahui
penerimaan masyarakat dan pembaca terhadap majalah ini kerana diedarkan
secara percuma.

Pihak swasta pula menerbitkan al-Muslimah (Nov 1984), Fatimah (Mei 1986),
Fardhu Ain (Jun 1987), al-Ummah (Nov. 1987), Dunia Islam (September 1988), Imam
(Oktober 1988),  an-Nur (Mei 1980), Generasi (Ogos 1991),  Tamadun (Julai 1994),
dan Dewan Islam (Januari 1996).


6:30 AM

Kupasan Sejarah Majalah Berunsur Agama DI Malaysia BAH 3


sambungan.....Pada 1914 terbit pula Majallah Al-Islam oleh K. Anang Hamid,  Syed Mohammad
Al-Juneed dan Abdul Kadir Yunus bagi memenuhi kekosongan yang ditinggalkan
oleh  al-Imam tetapi gagal kerana bentuknya lebih berupa terjemahan daripada
majalah Islamic Review yang diterbitkan di London. Selain jumlah cetakannya  kecil,
kira-kira 500 naskhah, ternyata kandungannya tidak memenuhi cita rasa masyarakat
tempatan. Pada 1918 terbit pula majalah Pengasoh.

Majalah lain yang terbit sebelum perang ialah  Ar-Raja (1925-26), Dewan
Pergaulan (1940-41) terbitan Madrasah Al-Masyhor, Pulau Pinang,  Jasa (1927-31)
terbitan Madrasah Al-Atas, Johor Bahru, Temasek (1930) oleh Madrasah al-Idrisiah,
Kuala Kangsar, Bintang Malaya (1939-41) oleh Kuliah al-Firdaus, Singapura dan
Seruan Ihya (1941) di  Madrasah El-Ehya As-Syarif, Gunung Semanggol.

Majalah Pengasoh setebal lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen dengan
catatan editorialnya yang berbunyi “  . . .  jadi satu persembahan dan peringatan
bagi hari kemudian . . . “ Majalah ini kekal diterbitkan hingga ke hari ini. Pengasoh
adalah terbitan Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan.

Pada Disember 1949 terbit Warta Jabatan Agama Johor, 31 tahun selepas
terbitnya Pengasoh. Jabatan agama negeri-negeri lain menerbitkan majalah masingmasing mulai 1960-an, iaitu Suara  Majlis Agama Islam Negeri Kedah (1965), Al-Huda
(Seremban, Disember 1968), Sinar Usia (Kota Kinabalu, Mac 1970), Suara Jabatan
Agama (Kuala Terengganu 1960), Saujana (Kuala Terengganu 1974), Menara (Wilayah
Persekutuan 1975), Al-Hidayah (Selangor 1975), Al-Ehsan (Selangor 1976) dan Suara
Jabatan Agama Pahang (1976).

6:29 AM

Kupasan Sejarah Majalah Berunsur Agama DI Malaysia BAH 2


sambung.......Faktor kedua, memang menjadi hasrat kebanyakan penerbit majalah
menyelitkan unsur-unsur agama dalam majalah masing-masing termasuk majalah
yang berkonsepkan hiburan seperti Hiboran Hari Raya (1935) dan Taja Penghiboran
(Sept. 1935). 

Kebanyakan majalah ketika itu berpegang pada matlamat “sebagai
alat untuk memberikan didikan dan panduan kepada khalayak pembaca Melayu.”
Misalnya majalah Al-Hikmah (1934), walaupun condong kepada Islam, menerbitkan
juga makalah umum.
Jumlah majalah yang memang  secara hakiki berkonsepkan agama sebelum
perang berjumlah 24 judul iaitu 20 peratus daripada keseluruhan majalah yang
diterbitkan ketika itu. Jumlah majalah yang memperlihatkan ciri agama berjumlah
27 judul, iaitu 36.5 peratus daripada jumlah majalah pada abad ke-20.

Kandungan majalah agama ketika itu tertumpu kepada pengajaran daripada al-Quran dan hadis,
kisah para nabi dan rasul, ilmu fiqah, tauhid dan tasawuf, bimbingan fardu ain,
kesedaran meningkatkan keimanan dan akhlak serta berita kegiatan masyarakat
Islam.
Pelopor penerbitan majalah Islam ialah mereka yang berlatar belakang Timur
Tengah iaitu Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin al-Azhari dari Minangkabau yang
menjadi pengarang  al-Imam yang pertama, Sayyid Sheikh Ahmad al-Hadi iaitu
Arab Melayu dari Melaka, Haji Abbas Mohd Taha dari Singapura yang menjadi
pengarang  kedua bagi majalah tersebut, dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali, seorang
saudagar dari Aceh yang juga menjadi pengarang al-Imam.  Majalah ini terbit antara
1906 hingga 1908 dan dicetak purata dalam 5 ribu naskhah. 


6:27 AM

Kupasan Sejarah Majalah Berunsur Agama DI Malaysia BAH 1


Perkembangan majalah berunsurkan agama pada awal abad ke-20 menyumbangkepada perkembangan tradisi penulisan dalam bidang agama.  Kemajuan bidangpendidikan pula telah melahirkan ramai cerdik pandai dan sarjana yang berjaya mengupas pelbagai isu dalam banyak cabang ilmu dalam pengajian Islam secara
ilmiah.
 Sebelum kemunculan majalah agama, perkembangan Islam di tanah air dan
Nusantara ditandai kemunculan ulama terkenal dengan kitab masing-masing.
Majalah agama amat signifikan dalam perkembangan penerbitan majalah
di negara ini khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam.

Bahkan, majalah dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu dijadikan media yang awal
oleh mubaligh Kristian untuk menyampaikan seruan agama mereka. Majalah
yang pertama terbit ialah majalah Kristian berjudul Bustanul Ariffin (1821).  Walau
bagaimanapun majalah ini tidak berjaya menarik minat orang Melayu kepada agama
Kristian maka diterbitkan majalah yang disasarkan kepada kaum Cina peranakan
iaitu Medan Pengetahuan (Sept. 1926) selain beberapa akhbar yang diterbitkan dengan
maksud yang sama.

Perkembangan majalah agama Islam ini dibincangkan dengan meluas
oleh Hamedi (2003). Beliau mentakrifkan majalah Islam sebagai “ . . . majalah
yang menggunakan Islam sebagai landasan penerbitannya atau yang sekurangkurangnya 50 peratus daripada kandungannya berkait dengan Islam.” 
Pada masa sebelum perang, memang agak sukar membezakan antara majalah
agama dengan majalah umum, sama sulit untuk membezakan suatu terbitan sama
ada majalah dengan akhbar. Faktor pertama, kesemua majalah diterbitkan dalam
ejaan Jawi. 

5:55 AM

GALERI GAMBAR



















5:55 AM

Majalah Berunsur Agama Di Malaysia Masakini

Terdapat banyak majalah berunsur Islam sekarang ni. Kalau dahulu, seingat saya majalah Al-Islam sahaja di pasaran, yang lebih menonjol dan  yang banyak di pasaran majalah hiburan. Semakin meningkat usia, pemilihan bahan bacaan pun kenalah berubah, kan.

Majalah Anis
Keluaran Galeri Ilmu, Kota Damansara. RM7, dengan slogan Pedoman Wanita Solehah & Keluarga Sakinah. Corak penulisannya mudah jadi lebih mudah difahami. Pembacaan lebih santai.
Majalah Solusi
Keluaran Telaga Biru, Bandar Sri Damansara. Slogan Panduan Hidup Bersyariat. Agak ‘tinggi’ sikit cara penulisan. Jadi lambat sikit untuk dihadam. Ruangan yang paling disukai, Beduk Diketuk dan Angguk Geleng. Tebal, kertas cantik, warna-warni jadi berpadananlah dengan harganya RM10.
Majalah Iman
Keluaran Utusan, Bandar Baru Bangi.  Slogan Panduan Hidup Umat Islam, majalah kedua berunsur Islam selepas Al-Islam. Agak baru di pasaran, awal 2012 rasanya. Topik-topiknya menarik perhatian. Pembacaan lebih santai juga. RM7

Majalah Q&A
Baru di pasaran. Merupakan sebuah majalah soal jawab kehidupan. Dengan  Slogan Ilmu Tarbiah Motivasi. Keluaran Galeri Ilmu, Kota Damasara. RM10. Berbeza dengan majalah lain sebab dia  ada soalan dan jawapan.

Majalah Aniqah
Diterbitkan oleh MMP Communications S/B, KL. Muka surat depan biasanya gambar artis dan mesti pakai tudung.  Kurang minat nak baca sebab layoutnya dan font macam tak menarik. Jadi benda tu macam serius. Tapi isu-isunya sentiasa menarik. Ni kes terlalu banyak bahan bacaan jadi penanda aras saya lebih tinggi hehe. Memilih tema Inspirasi Muslimah Bestari RM6.50
Majalah Al-Ustaz
Keluaran Telaga Biru, RM9. Lebih kurang sama macam majalah-majalah yang lain. Alternatif kepada pembaca selain Solusi.

Majalah Al Islam
Memang sudah lama di pasaran majalah keluaran Utusan ni. Dengan slogan Majalah Islam Kontemporari. Kurang menarik perhatian saya, mungkin kerana olahan yang serius. RM5
Majalah Gen Q
Keluaran Telaga Biru, Bandar Sri Damansara. Dengan slogan Manual Remaja Bertakwa. Walapun dikategorikan sebagai remaja, ia sesuai untuk semua golongan kerana kadang-kadang bila kita terlalu jauh ke depan, kita perlu mengundur balik ke belakang kerana dah lupa perkara-perkara yang asas. RM7
5:42 AM

Penerbitan Majalah Qudwah Hasil Kesedaran Perjuangan Rasulullah S.A.W


Atas dasar dakwah dan tanggungjwab kepada ummah Syarikat Alam Baca Sdn Bhd mula merangka sebuah majalah berunsur agama untuk dipasarkan dipasaran umum. Dengan niat untuk menyambung lidah Rasulullah S.A.W, skuad editorial mula merangka konsep yang bakal diketengahkan.

Akhirnya pada pertengahan Januari 2012 mesyuarat pertama diadakan dengan menjemput panel penulis dari berbagai kepakaran dan bidang.

Da Akhirnya pada tanggal Maulidur Rasul 2012/ 1433H bersamaan 5 Februari 2012 Majalah Qudwah keluaran sulung berjaya dipasarkan bermula di Masjid al-Azim , Bukit Palah Melaka.

Semoga titik mula ini tidak akan berakhir

...blogger qudwah

Pautan Anda Ke Gerbang Info Maya

.
 
Akhbar Bahasa
 
English News
 
World News
 
Politikus
 
Serantau
 
e-Gov
 
Kemudahan
 
Pengangkutan
 
e-Perbankan
 
e-Transaksi
.
  
 
 
Chinese News
 
Chinese Portal
 
Indian News
 
Borneo News
 
Berita Sukan
 
Voice Call
 
Enjin Carian
 
Ads Service
 
Gamerz
 
e-Manga
.